Anda Merokok?Tembakau telah diperkenalkan ke Eropah dari amerika Selatan pada abad ke –16.
Kerajaan mendapati bahawa tembakau adalah satu drug yang membentuk tabiat dengan kuasa yang mencukupi untuk menanggung cukai yang tinggi tanpa menyebabkan keruntuhan akhlak masyarakat. Di Amerika Syarikat, kerajaan pusat membelanjakan wang yang banyak dalam bentuk subsidi kepada petani daripada untuk memberitahu orang ramai untuk tidak merokok.
Kandungan asap okok adalah kompleks (lebih kurang 500 sebatian telah dikenalpasti) dan berbeza dengan jenis tembakau dan cara ia disedut. Kandungan utama yang aktif secara farmakologi ialah nikotin (kesan akut) dan tar(kesan kronik)
Asap rokok berasid (pH5.3) dan nikotin secara relatifnya adalah terionkan dan tidak larut di dalam lemak. Amaun nikotin yang diingini hanya diserap jika ia masuk ke dalam paru-paru dengan mana permukaan yang luas mengimbuhi untuk kelarutan lemak yang rendah. Penghisap rokok dengan ini menyedut (mereka mempunyai kadar kematian yang tinggi disebabkan kanser paru-paru). Amaun nikotin yang diserap daripada asap rokok adalah pelbagai, daripada 90% di dalam mereka yang menyedut kepada 10% didalam mereka yang tidak menyedut
Asap rokok mengandungi 1-5% KARBON MONOKSIDA DAN PEROKOK TABIAT MEMPUNYAI SEBANYAK 3-7% (PEROKOK YANG KUAT MUNGKIN MENGANDUNGI 15%) DARIPADA HEMOGLOBIN mereka sebagai karboksihemoglobinyang tidak boleh membawa oksigen. Ini cukup untuk mengurangkan keupayaan senaman kepada pesakit dengan angina pectoris t1/2 plasma karboksihemoglobin ialah lebih kurang 4 jam
Peratus lelaki yang berumur 35 tahun yang mungkin mati sebelum 65 tahun
Bukan perokok 15%
Perokok yang merokok 1-14 batang sehari 22%
Perokok yang merokok 15-24 batang sehari 25%
Perokok yang merokok 25 batang atau lebih sehari 40%
Purata kehilangan nyawa seorang perokok yang menghisap 25 batang/hari ialah lebih kurang 5 tahun (kajian United kingdom dan Amerika syarikat)
Umur yang disingkatkan oleh merokok bagi penghisap tabiat ialah lebih kurang 5 minit untuk setiap batang rokok yang di hisap.
Risiko kematian (dibandingkan dengan perokok seumur hidup) menurun setelah perokok berhenti merokok dan kembali menjadi sama seperti bukan perokok dalam masa 10-15 tahun.
Kajian pada tahun 1951 terhadap tabiat merokok (setelah penilaian selama 20 tahun responden 34440 kemungkinan 69% respon kepada borang soal selidik)) mendapati:
1. 10,072 kematian telah berlaku,
2. kadar kematian penghisap rokok adalah dua kali daripada orang yang tidak pernah merokok sepanjang hayatnya.
3. merokok menyebabkan kematian terutamanya dengan :
a.penyakit jantung
b.kanser paru-paru
c. penyakit paru-paru obstruktif yang kronik
d. berbagai-bagai penyakit vascular.
Mengambarkan cara luar biasa perkaitan di antara merokok dan kanser paru-paru.
Merokok dan kanser
Kanser paru-paru merupakan punca untuk lebih daripada 37000 kematian di United Kingdom dalam tahun 1974, 14500 daripada bilangan ini berlaku di dalam mereka yang berumur di bawah 65 tahun. Bagi golongan lelaki yang berumur di bawah 65 tahun, kadar kematian sedang mula menurun, tetapi ia masih meningkat untuk kaum wanita. Risiko kematian akibat kanser paru-paru adalah berkaitan dengan bilangan rokok yang dihisap dan umur ketika memulakannya dan dikurangkan dengan menghisap rokok yang mempunyai penapis di hujungnya. Berhenti merokok mengfurangkan risiko kematian relatif kepada yang tidak merokok dan selepas 10 tahun risiko adalah lebih kurang sama dengan risika mereka yang tidak merokok. Bukti langsung tentang ini diperolehi daripada kajian prospektif jangka pangjang doctor-doktor lelaki British. Penghisap paip dan cerut mempunyai risiko yang lebih kecil dibandingkan dengan perokok mungkin kerana mereka kurang menyedut.
Kanser-kanser lain. Risiko perokok untuk membentuk kanser mulut dan tekak adalah 5-10 kali lebih tinggi daripada bukan perokok. Ialebih tinggi untuk penghisap paip dan cerut dibandingkan dengan perokok. Kanser pancreas, ginjal, dan trek kencing juga lebih biasa pada perokok.
Merokok boleh menyebabkan perubahan dalam DNA
30% kematian akibat penyakit jantung koronari (CHD) hasil dari merokok di United Kingdom
perokok berisiko 2 kali lebih mati akibat CHD manakala 3.5 kali lebih bagi perokok yang kuat.