Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?

Login with username, password and session length

 
Advanced search

83 Posts in 34 Topics- by 823 Members - Latest Member: Rick

September 10, 2010, 03:54:39 AM
Pages: [1]
Print
Author Topic: Peraturan dan Polisi Forum HALUANtarbawi.com  (Read 960 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Admin
Administrator
Newbie
*****
Posts: 6


Indahnya Tarbiyah!

nahdatul_islam91
View Profile WWW Email
« on: June 30, 2007, 12:48:37 PM »

Objektif peraturan dan polisi Forum HALUANtarbawi.com ini adalah untuk menjaga kesejahteraan forum. Juga untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak disenangi oleh ahli-ahli lain berlaku. Di harap SEMUA ahli forum dapat membaca, memahami dan mengamalkan etika berforum yang baik.

A. Buka topik baru
Topik baru boleh dibuka oleh sesiapa sahaja di mana-mana forum kecuali di forum Admin.

Tajuk topik hendaklah menggambarkan apa yang hendak dibincangkan atau ditanyakan. Tajuk seperti “tolonglah aku…”, “aku nak carik kerja…”, “hmmm…” dan lain-lain yang bersamaan adalah ditegah. Tolong cari tajuk yang bersesuaian.

Topik yang kurang disenangi pengendali akan dibuang. Contoh: topik politik yang boleh menyebabkan pertelingkahan, topik agama yang tidak sahih, topik merapu dan topik seks.

Topik baru hendaklah dibuka di dalam forum yang berkenaan. Topik berkaitan grafik tidak boleh diletak di dalam forum kerjaya. Topik berkaitan cinta tidak boleh diletak di dalam forum multimedia dan seterusnya.

Topik yang mempunyai agenda skim cepat kaya atau sistem piramid adalah sama sekali dilarang.

Topik yang mengandungi bahan lucah dilarang.

Topik yang mengandungi bahan daripada forwarded email adalah tidak digalakkan.

Topik yang berkaitan dengan piracy atau warez atau crack dan yang seangkatan dengannya adalah dilarang sama sekali.

Sebelum membuka topik baru tolong buat sedikit carian di dalam forum HALUANtarbawi.com bagi mengelakkan topik yang sama berulang banyak kali. Caranya, klik pada link Carian atau buka url berikut: http://www.haluantarbawi.com/forum/index.php?action=search;advanced

B. Membalas mesej
Setiap orang boleh membalas mesej di dalam semua forum kecuali forum Admin.

Mesej yang dibalas mestilah mempunyai isi yang sepatutnya. Mesej seperti “Hmmm…”, “Ntahle…” atau yang mengandungi similies sahaja adalah ditegah. Jika hendak memberi komen sila berikan dengan jelas dan bernas.


C. Etika dan Tatasusila
Setiap ahli forum adalah tertakluk kepada peraturan dan polisi ini. Amaran dan teguran pengendali mestilah dihormati.

Penggunaan bahasa kasar dan lucah adalah amat ditegah. Tindakan seperti ban atau dibuang terus dari forum boleh dikenakan.

Provokasi di antara ahli juga ditegah.

D. Memasukkan Gambar
Pertama sekali setiap gambar hendaklah diletakkan di dalam mana-mana server. Jikalau tidak mempunyai server sendiri, hendaklah membuka akaun di mana-mana server percuma.
Contoh server percuma yang membenarkan jaringan imej dari luar.
a. www.photobucket.com
b. www.webhost.com

Setelah mendapatkan server, upload gambar ke server.

Di dalam forum, ketika membuka topik baru atau ketika membalas mesej taip koding seperti berikut:

Kod:



Keterangan lebih lanjut: (akan datang)


E. Memasukkan Flash Movie
Sama prosedur macam nak uploadkan fail cuma berlainan koding:

Kod:
<embed src="http://nama_host/nama_fail.swf" width="nilai_lebar" height="nilai_tinggi"></embed>


F. Soalan2 Lazim Forum
Sila baca permasalahan mengenai forum di sini:
(akan datang)

G. Saiz imej untuk signature
Saiz imej untuk signature hendaklah kurang dari 120 x 95 pixel dan tidak lebih dari 40kb.


H. Penyalahgunaan atau abuse
Laporkan sebarang penyalahgunaan di dalam forum ke admin@haluantarbawi.com

Akhir kata, jika kita masuk rumah orang hendaklah kita hormati tuan rumah dan ahli rumah. Hatta tuan rumah itu kawan baik kita sekali. Setiap rumah mempunyai peraturan atau tatacara tersendiri yang mungkin berlainan dari rumah anda.

Sekian sahaja dari pihak admin.
HALUANtarbawi.com

Dikemaskini pada 18 June 2007

Post edited by: admin, at: 2007/06/18 08:27
« Last Edit: August 20, 2009, 08:45:15 PM by Admin » Logged
Pages: [1]
Print
Jump to:  

© HALUANtarbawi.com, 2006-2007. All rights reserved.