HALUANtarbawi.com

Friday
Sep 10th
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Pengalaman Program Korban Di Bumi Gempa, Padang Sumatera

E-mail Print PDF

Cuaca redup di pagi Jumaat raya Eidul Adha itu cukup meresahkan relawan Pasukan ke-7 Misi Kemanusiaan Padang (MKP-7) semasa dan juga selepas selesai solat berjamaah di dataran luas di hadapan kantor Bupati (Dewan Bandaraya) Pariaman. Langit seakan-akan mahu hujan namun kuasa Allah SWT mengatasi segalanya.

Bersama lebih 1,000 penduduk, kami terasyik dengan khutbah yang dibacakan oleh imam yang banyak menyentuh kalbu. Alhamdulillah. Kami tiba awal sambil menanti saf-saf tikar panjang dipenuhi rakyat Sumatera Barat ini.

Selesai bersolat, kami menaiki semula MPV untuk ke destinasi korban Eidul Adha, jauh ke dalam dusun (kampung) di Desa Tungkal Selatan di mana tiga ekor lembu akan dikorbankan. Dua daripadanya adalah lembu korban yang disalurkan melalui HALUAN Malaysia. Semuanya tujuh ekor dan baki lima ekor lagi telah kami bahagi-bahagikan di lima dusun berlainan agar lebih ramai orang miskin dapat mengecapi dagingnya.

Sesampainya kami di sana, kami terus ke celahan kebun pisang dan kelapa untuk menyaksikan upacara penyembelihan. Seekor lembu telahpun tumbang dan sudahpun mula dilapah oleh penduduk setempat di situ.

Begitu ceria mereka. Kami terpegun. Tidak perlu palang gantung, kemah, besi cangkuk, tali yang banyak, lapik plastik lantai dan sebagainya yang sangat lazim bagi kita di Malaysia. Semuanya daripada kerja-kerja penyembelihan, melapah kulit, menghiris daging dan mengapak tulang, dilakukan di atas hamparan bumi yang pernah bergegar 30 September lalu. Cuma kali ini mereka sempat mengalasnya dengan lapisan daun-daun kelapa yang segar untuk menjaga kebersihan.

Suasana di bawah kanopi pepohon koko, kelapa dan kebun buah-buahan itu bagaikan pesta kecil. Wanita, lelaki, serta anak-anak kecil riang menanti habuan masing-masing. Yang anehnya, setiap bahagian tubuh lembu yang boleh dimakan akan dibahagikan sama-rata, termasuk tulang, otak dan organ dalamannya barang secebis sekalipun. Begitu saksama orang Minangkabau di sini.

Setiap kali upacara penyembelihan hendak dijalankan, ketua yang dilantik akan memanggil setiap penama untuk sapi (lembu) yang berkenaan. Mereka diminta tampil menyaksikan penyembelihan yang diwakilkan kepada tukang sembelih. Senarai nama HALUAN turut dipanggil dan dipamerkan.

Lembu kedua dan ketiga pun rebah ke bumi, dengan niat para pengorban dari Malaysia sampai di sisi Allah SWT. Semasa lembu ketiga mula dilapah, kamipun mula beredar  untuk bersarapan pagi di kedai makan yang, tidak seperti di Malaysia, tetap berniaga walaupun ini hari lebaran.

Korban di Pariaman bagaikan sesuatu yang dinanti-nantikan penduduknya yang rata-rata kehilangan tempat berteduh dan mata pencarian akibat gempa yang menimpa. Menjelang tiga hari berikut semasa van kami menyusuri desa dan pekan-pekan kecil, terlihat kelibat masyarakat setempat tekun melaksanakan ibadah korban di sana-sini, demi memenuhi tuntutan syariat.

Last Updated ( Tuesday, 08 December 2009 17:18 )  

kunjungi download corner!

kunjungi MEDIAtarbawi!

Banner
Banner

Hebahkan!


Get codes:

 

Bagaimana Rasulullah SAW Mentarbiyah Remaja?

Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW (di atas binatang tunggangannya) , lalu sabda baginda : ' Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan.

 

Misi Menerobos Tembok Kematian

Sudah sampai saatnya bagi umat Islam untuk menghentikan sekatan jahat dan keji yang dilakukan oleh Yahudi Israel terdapap umat Islam di Palestin. Kita harus berdiri dengan sikap tegas tanpa melupakan matlamat asasi kita dalam memperoleh redha Allah swt.

 

Mujahadah Jalan Membentuk Peribadi Bertaqwa (2)

Di   dalam   hal   bermujahadah  ini   Ustadz   Said   Hawwa menjelaskan, “Kita  mestilah bermula daripada noktah  iman  kepada Allah SWT dan bermula dengan noktah mentauhidkan/mengEsakan Allah SWT ". Mujahadah yang betul itu mestilah bermula  dengan  beriman  kepada  Allah  dan beriman kepada prinsip-prinsip  keimanan  yang lain serta bermula dengan mentauhidkan dan mengEsakan Allah  SWT.

 

Pembinaan Semula Kaabah Dan Permasalahan Al-Tahkim

Dalam usia Baginda tiga puluh lima tahun (35) Quraisy telah bertindak mendirikan semula Kaabah, kerana berlaku keruntuhan pada strukturnya, Kaabah ini sebenarnya satu bangunan tinggi sembilan hasta, sejak zaman Ismail (a.s) tidak berbumbung, pencuri-pencuri telah melarikan harta khazanah di dalamnya.

 

Apa Erti Menjadi Isteri Solehah

Apa erti menjadi isteri solehah. Pelbagai pandangan dan jawapan mampu kita tafsirkan, samada melalui pembacaan, perbincangan dan perkongsian pengalaman. Kita menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya.  Pada  waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah  bertemu  bapa  mertuanya, Nabi  Ibrahim.

Iklaneka

Banner
Banner
Banner

Statistik

Content View Hits : 190376

Waqfah Tarbawiyyah

Marilah kita bersama memuji Allah, atas nikmat Islam yang menjadi sebaik-baik nikmat Allah kepada kita. Bersyukurlah dengan memuji Allah Taala yang telah memberi taufik kepada jalan dakwah, memudahkan siapa yang telah menolong memimpin dan membangunkan saudara dan mengingatkan saudara dari kelupaan dan kelalaian yang menyelubungi sebahagian kaum muslimin zaman ini.