HALUANtarbawi.com

Monday
Sep 06th
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Khalid Al Walid: Arkitek Perang Terhebat

E-mail Print PDF

Apakah penjelasannya, bahawa 3000 orang mujahid dari kalangan bangsa Arab, berani melawan 200,000 pasukan Romawi dalam perang Muktah? Mereka tidak menang, memang, dalam pertempuran yang berlangsung tahun ke lapan hijrah itu. Tiga panglima Islam yang wibawa gugur sebagai syuhada; Zaid Bin Haritsah, Ja’far Bin Abi Thalib, Abdullah Bin Rawahah.

Ketika Khalid mengambil alih kepemimpinan, yang dia lakukan adalah mundur secara teratur untuk menyelamatkan nyawa mujahidin yang tersisa.

Sementara anak-anak melempari mereka dengan batu saat kembali ke Madinah, kerana dianggap melarikan diri, Rasulullah justeru menggelari Khalid sebagai Syaifullah Al Maslul. Pedang Allah yang terhunus. Menyelamatkan nyawa pasukan adalah keputusan bijak seorang pemberani. Berhasil mundur dari kejaran pasukan sebesar itu adalah keahlian tempur dari seorang genius perang. Malahan sikap berani melawan pasukan sebesar itu pula adalah amaran penting kepada Romawi; pertempuran sudah kita mulai, dan kami akan kembali.

Perang Yarmuk adalah saksi kebijakan kepimpinan perang Khalid. Pertempuran yang terjadi sekitar enam tahun setelah pertempuran Muktah itu, memang amat lagenda. Bayangkan 36,000 mujahid Muslim melawan 240,000 pasukan Romawi. Gelaran Rasulullah Saw kepada Khalid menjadi kenyataan. Sejak itu Romawi diusir dari wilayah jazirah Arab, Syam kemudian Mesir.

perangApa penjelasannya, bahawa mujahid Islam dalam lipatan sejarah itu berupaya menaklukkan imperium besar seperti Romawi dan Parsi? Dalam pendekatan aqidah dan iman, kemenangan itu dapat dengan mudah ditafsirkan. Tetapi dalam pendekatan strategi perang, kita mungkin perlu mempelajari The Art of War dari Sun Tzu, strategi perang tertua yang ditulis 500 tahun sebelum Masehi dan telah mengilhami China dan Jepun selama 2400 tahun. Atau The Military Institution of The Romans yang ditulis oleh Vegetius kepada Valentinian II sekitar tahun 390 M, dan kelak mengawali pengembangan tentera di Eropah. Atau My Reveries Upon Art of War yang ditulis Jenderal Maurice De Saxe tahun 1732 M. Strategi ini merupakan kembangan idea-idea Vegetius dan kelak banyak mengilhami Napoleon seperti dihurai Stonewall Jackson dalam The Military Maxims of Napoleon. Atau The Secrets Instruction Frederick The Great to His Generals. Atau On War dari Carl Von Clausewitz’s tahun 1832. Kedua pemikiran strategi militer inilah yang melatari semua pengembangan strategi perang Jerman.

Kebesaran Mujahid Islam yang telah menaklukkan Imperium Parsi dan Romawi itu hanya mungkin kita fahami dalam kerangka pemikiran-pemikiran strategi perang itu. Khalid tumbuh dalam tradisi perang gerila yang menjadi ciri perang masyarakat jazirah arab. Tetapi ia menguasai cara berfikir tentera Romawi yang menguasai pola perang konvensional sejak 200 tahun sebelumnya. Keteraturan adalah ciri pasukan Parsi dan Romawi, atau tentera Moden. Ketidakteraturan adalah ciri pasukan gerila. Diperlukan waktu untuk menemukan pola dalam ketidakteraturan itu. Khalid mempelajari keteraturan itu sebagai sebuah kekuatan, tetapi tetap menggunakan pola perang gerila sebagai kombinasi dari pusat kekuatannya. malahan mereka pasukanvgerila yang agresif. Jadi secara strategi beliau unggul. Beliau tahu cara berfikir musuhnya. Dan musuh tidak tahu keseluruhan cara berfikirnya. Ketahuilah cara berfikir musuhmu, tapi jangan berfikir dengan cara berfikirnya.

Oleh: Anis Matta

Last Updated ( Wednesday, 24 March 2010 16:14 )  

kunjungi download corner!

kunjungi MEDIAtarbawi!

Banner
Banner

Hebahkan!


Get codes:

 

Bagaimana Rasulullah SAW Mentarbiyah Remaja?

Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW (di atas binatang tunggangannya) , lalu sabda baginda : ' Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan.

 

Misi Menerobos Tembok Kematian

Sudah sampai saatnya bagi umat Islam untuk menghentikan sekatan jahat dan keji yang dilakukan oleh Yahudi Israel terdapap umat Islam di Palestin. Kita harus berdiri dengan sikap tegas tanpa melupakan matlamat asasi kita dalam memperoleh redha Allah swt.

 

Mujahadah Jalan Membentuk Peribadi Bertaqwa (2)

Di   dalam   hal   bermujahadah  ini   Ustadz   Said   Hawwa menjelaskan, “Kita  mestilah bermula daripada noktah  iman  kepada Allah SWT dan bermula dengan noktah mentauhidkan/mengEsakan Allah SWT ". Mujahadah yang betul itu mestilah bermula  dengan  beriman  kepada  Allah  dan beriman kepada prinsip-prinsip  keimanan  yang lain serta bermula dengan mentauhidkan dan mengEsakan Allah  SWT.

 

Pembinaan Semula Kaabah Dan Permasalahan Al-Tahkim

Dalam usia Baginda tiga puluh lima tahun (35) Quraisy telah bertindak mendirikan semula Kaabah, kerana berlaku keruntuhan pada strukturnya, Kaabah ini sebenarnya satu bangunan tinggi sembilan hasta, sejak zaman Ismail (a.s) tidak berbumbung, pencuri-pencuri telah melarikan harta khazanah di dalamnya.

 

Apa Erti Menjadi Isteri Solehah

Apa erti menjadi isteri solehah. Pelbagai pandangan dan jawapan mampu kita tafsirkan, samada melalui pembacaan, perbincangan dan perkongsian pengalaman. Kita menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya.  Pada  waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah  bertemu  bapa  mertuanya, Nabi  Ibrahim.

Iklaneka

Banner
Banner
Banner