HALUANtarbawi.com

Monday
Sep 06th
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Memahami Erti Mensyukuri Nikmat Islam dan Iman

E-mail Print PDF

akhirat2Marilah sama-sama kita pertingkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t dengan mempertingkatkan  كالتزامن  dan kepatuhan kepada titah perintah Allah suruhan dan  tegahanNya.  Dan marilah kita terus bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana kita terpilih menjadi orang-orang yang beriman ditengah-tengah majoriti masyarakat dunia yang tidak beriman kepada Allah .s.w.t.

الحمد لله الذى هدانا لهذا وما كنا لنهتدى لولا أن هدانا الله

Puji-pujian dirafaqkan ( درفعكن ) kepada Allah s.w.t yang telah memberi Hidayah kepada kita ke jalan ini ( Jalan Iman, Jalan Islam).

 

Sebenarnya kita tidak akan mendapat Hidayah itu sekiranya tidak dikurniakan oleh Allah s.w.t.

Hakikatnya,  nikmat Allah s.w.t ke atas kita manusia dan alam seluruhnya tidak terhitung banyaknya dan Allah s.w.t telah tegaskan di dalam al Quran ayat 34 Surah Ibrahim:

Maksudnya:  “ Jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya  kamu tidak dapat (tidak mampu) menghitungnya. “

 

Oleh itu wajarlah kita sentiasa bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. Al Ustaz Muhammad Syadid  di dalam kitabnya :  منهج القرءان فى التر بية  menjelaskan bahawa kepekaan yang berterusan terhadap nikmat-nikmat Allah dan kurniaanNya , menyuburkan lagi rasa cinta kepada Allah s.w.t dan mengangkat jiwa kepada maqam (martabat) kesyukuran.  Kesyukuran kepada  Allah atas segala nikmatNya tidak hanya sekadar pengucapan lisan dengan kata-kata ‘’ الحمد لله “ ,  bahkan kesyukuran dalam bentuk  amali dan praktik yang membuktikan seseorang itu bersyukur ke hadrat Allah s.w.t.

 

Pertamanya, Pancaindera dan anggota tubuhbadan adalah nikmat Allah s.w.t.  Apabila digunakan  dan dimenafaatkan pancaindera dan anggota-anggota badan itu pada perkara-perkara, kerja-kerja dan aktiviti-aktiviti yang diredhai  oleh Allah s.w.t maka seseorang itu dikira telah bersyukur kepada Allah s.w.t.

Keduanya, Aqal yang baik lagi waras adalah nikmat Allah s.w.t.  Apabila aqal itu digunakan dan dimenafaatkan untuk memahami Kitab Allah dan ‘دين الله’ s.w.t , juga berfikir terhadap nikmat dan kejadian-kejadian ciptaan Allah s.w.t  adalah termasuk di dalam ertikata bersyukur ke hadrat Allah s.w.t.

Ketiganya, Hartabenda dan wang ringgit adalah nikmat Allah s.w.t.  Apabila hartabenda itu diinfaqkan dan dibelanjakan pada  Jalan Allah

( فى سبيل الله ) dan di dalam batas-batas syarak atau pada perkara-perkara yang dihalalkan / diharuskan oleh syarak maka dinamakan bersyukur ke hadrat Allah s.w.t.

Keempat, Ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakaran adalah nikmat Allah s.w.t.  Apabila dimenafaatkan untuk kebaikan diri dan disebarkan serta dikembangkan dan disampaikan تعليم untuk kebaikan أمة, juga dikira bersyukur ke hadrat Allah s.w.t.

Sesungguhnya nikmat Allah itu amat banyak dan tidak termampu kita menghitungnya satu persatu.  Namun sewajarnya kita menyedari bahawa nikmat Allah yang paling besar ialah  نعمة ايمان – نعمة اسلام – Nikmat kita mendapat Hidayah Allah s.w.t.  Maka tanda kesyukuran kita kepada Allah s.w.t yang telah mengurniakan nikmat agung itu, hendaklah kita benar-benar berIman dan menerima ‘دين اسلام’ seluruhnya tanpa sebarang penolakan.

Firman Allah s.w.t  dalam ayat 208 Surah al Baqarah :

Maksudnya:  “ Wahai orang-orang yang beriman masuklah (anutlah) Islam seluruhnya dan janganlah anda semua mengikut langkah-langkah syaitan.  Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata (musuh ketat terhadap manusia).

 

Islam adalah ‘دين الله’ yang sempurna meliputi peraturan-peraturan, aqidah(kepercayaan), ibadah, akhlaq dan apa jua yang menyentuh kehidupan manusia dan alam seluruhnya ada jawapannya dan  penyelesaiannya.  Kerana Islam adalah دين yang diturunkan oleh Allah s.w.t untuk manusia dan alam seluruhnya.  Allah Maha Mengetahui apakah jalan hidup yang baik dan selamat untuk makhlukNya di dunia dan akhirat.Oleh itu kita sewajibnya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana kita terpilih untuk berIman, menerima ‘دين الله’ – ‘دين اسلام’ – yang telah dibawa oleh para rasul dan rasul yang terakhir ialah Rasulullah Nabi Muhammad s.a.w, dimana Islam itu disempurnakan pada  zaman kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.  berdasarkan kepada ayat 3 Surah al Maaidah :

 

Maksudnya:  “ Pada hari ini (Hari diturunkan ayat ini) ( di عرفة pada masa Nabi Muhammad s.a.w mengerjakan ‘ حجة الوداع ‘ tahun 10 Hijrah )  Aku (Allah) telah sempurnakan bagi kamu دين kamu dan Aku (Allah) telah sempurnakan atas kamu nikmatKu dan Aku (Allah) redhalah Islam itu sebagai دين kamu

 

Walaupun Islam itu ‘دين الله’ dan diberi jaminan selamat dunia dan akhirat oleh Allah s.w.t kepada sesiapa yang benar-benar menganutnya, tetapi majoriti manusia dan umat di alam ini tidak menerimanya bahkan menentangnya.  Dan telah ternyata buktinya di dalam sejarah bahawa kebanyakan masyarakat manusia menentang dan menolak ajaran Allah yang telah dibawa oleh para Rasulullah sehingga ada para nabi  dan rasul yang dibunuh seperti Nabi Zakaria dan Nabi Yahya عليها السلام , dibunuh oleh orang-orang Yahudi bahkan Nabi Muhammad s.a.w sudah dikepung rumahnya oleh masyarakat Arab Quraisy untuk membunuhnya, tetapi tidak diizinkan oleh Allah s.w.t yang akhirnya berlakulah peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w dari مكة ke Kota  يترب (المدينة) seperti yang terakam  (tercatat) di dalam Seerah Rasulullah s.a.w.

Satu persoalan !  Apakah penentu kebenaran itu berdasarkan orang ramai sokong atau tidak sokong ?.  Sebenarnya penentuan kebenaran ( الحق )  bukan ditentukan oleh manusia tetapi  neracanya ditentukan oleh Allah s.w.t berdasarkan ayat 147 Surah al Baqarah :

Maksudnya:  “ Kebenaran itu datangnya daripada Allah (Pencipta,  Pemilik,  Penjaga kamu ),  maka janganlah sekali-kali kamu termasuk di dalam golongan orang-orang yang ragu. “

Juga didasarkan kepada Qaedah Syarak :

 

الحسن ما حسنه الشرع  والقبيح ما قبحه الشرع

Maksudnya: “ Perkara yang baik ialah apa yang dihukum baik oleh Syarak (oleh Allah) dan perkara yang buruk ialah apa yang dihukum buruk oleh Syarak (oleh Allah). “

 

Oleh itu apabila terdapat percanggahan antara apa-apa yang ditetapkan oleh syarak (oleh Allah) dengan penilaian manusia yang mengikut hawanafsu, maka mestilah diambilpakai apa-apa yang ditentukan/dihukum oleh syarak.  Barulah tepat  dengan pengakuan “ kita sebagai hamba Allah “ “ Kita sebagai penganut Islam “ “ Kita sebagai orang yang berIman “ “ Kita اهل السنة والجماعة “ “ Kita generasi ربانى “ dan lain-lain pengakuan yang bersifat Islam.

Sehubungan dengan itu marilah  sama-sama kita bina keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepada دين الله’ – ‘دين اسلام’dan marilah sama-sama kita berusaha dengan penuh rasa taqwa dan bertanggungjawab kepada Allah s.w.t bagi meletakkan kembali Islam dalam kehidupan masyarakat setelah terabai atau diabaikan oleh majoriti masyarakat, semoga kita – dengan izin Allah – dapat berkongsi pahala dan ganjaran baik di sisi Allahs.w.t.

maksudnya: “ Sesiapa yang menyerah dirinya kepada Allah (dengan penuh keikhlasan), sedang ia berusaha melaksanakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan tali (deen Islam) yang kukuh.  Dan (ingatlah) kepada Allah tempat kembali (kesudahan) segala  urusan. “(ayat 22 Surah Luqman)


Bahan ini disunting dari Khutbah Syeikh Ustaz Omar Hj Salleh, Murabbi di Maahad Tarbiyah Islamiyyah (MATRI), Perlis.

Last Updated ( Monday, 03 May 2010 14:10 )  

kunjungi download corner!

kunjungi MEDIAtarbawi!

Banner
Banner

Hebahkan!


Get codes:

 

Bagaimana Rasulullah SAW Mentarbiyah Remaja?

Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW (di atas binatang tunggangannya) , lalu sabda baginda : ' Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan.

 

Misi Menerobos Tembok Kematian

Sudah sampai saatnya bagi umat Islam untuk menghentikan sekatan jahat dan keji yang dilakukan oleh Yahudi Israel terdapap umat Islam di Palestin. Kita harus berdiri dengan sikap tegas tanpa melupakan matlamat asasi kita dalam memperoleh redha Allah swt.

 

Mujahadah Jalan Membentuk Peribadi Bertaqwa (2)

Di   dalam   hal   bermujahadah  ini   Ustadz   Said   Hawwa menjelaskan, “Kita  mestilah bermula daripada noktah  iman  kepada Allah SWT dan bermula dengan noktah mentauhidkan/mengEsakan Allah SWT ". Mujahadah yang betul itu mestilah bermula  dengan  beriman  kepada  Allah  dan beriman kepada prinsip-prinsip  keimanan  yang lain serta bermula dengan mentauhidkan dan mengEsakan Allah  SWT.

 

Pembinaan Semula Kaabah Dan Permasalahan Al-Tahkim

Dalam usia Baginda tiga puluh lima tahun (35) Quraisy telah bertindak mendirikan semula Kaabah, kerana berlaku keruntuhan pada strukturnya, Kaabah ini sebenarnya satu bangunan tinggi sembilan hasta, sejak zaman Ismail (a.s) tidak berbumbung, pencuri-pencuri telah melarikan harta khazanah di dalamnya.

 

Apa Erti Menjadi Isteri Solehah

Apa erti menjadi isteri solehah. Pelbagai pandangan dan jawapan mampu kita tafsirkan, samada melalui pembacaan, perbincangan dan perkongsian pengalaman. Kita menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya.  Pada  waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah  bertemu  bapa  mertuanya, Nabi  Ibrahim.

Iklaneka

Banner
Banner
Banner