HALUANtarbawi.com

Monday
Sep 06th
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Ad Dar al Akhirah

E-mail Print PDF

Sesungguhnya kehidupan di dalam tasawwur Islam bukan sekadar kehidupan di dunia  yang amat terbatas ini, malah ianya menjangkau lebih jauh dari itu, hingga  ke alam maut dan alam akhirah.  Oleh kerana itu permasalahan kebangkitan, hisab dan balasan di akhirat adalah merupakan permasalahan aqidah yang paling asas sesudah terbinanya aqidah tauhid.

duniaSetiap sudut dari peraturan Islam adalah memandang kepada hakikat kehidupan di akhirat, malah kehidupan Islam tidak akan lurus tanpa keyakinan dam memberi perhatian kepada akhirat, kerana itu al Quran amat menekankan tentang hakikat ini.

Orang-orang yang hanya beriqtiad bahawa kehidupan hanya di dunia ini sahaja tanpa beriman dengan Hari Akhirat, tasawwur dan nilai perjuangan hidup mereka hanyalah sekadar di dunia yang sempit ini sahaja.  Oleh itu adalah mustahil akan lahir dan ujud di bawah keyakinan yang demikian kehidupan yang mulia.  Kerana itu peraturan dan undang-undang yang lahir di bumi, yang hanya memberikan perhatian dan melihat pada sudut yang sempit ini tidak akan wujud keadilan dan kerahmatan serta tiada kriateria yang jelas dan tetap, malah akan berlaku pertentangan dan pertembungan antara satu sama lain.

Umat yang berlaku keadaan seperti ini tidak mungkin akan dapat melakukan tanggungjawab di dalam mengembalikan kemuliaan manusia, dalam ertikata yang sebenarnya, kecuali konsep hidup yang melewati  batas kehidupan ini.   Bertolak dari tasawwur yang berbeza inilah berlaku perbezaan di dalam nilai, akhlak, suluk dan perbezaan di dalam peraturan hidup.  Allah s.w.t mengetahui bahawa mana-mana umatpun tidak layak memimpin manusia kecuali keyakinan terhadap akhirat nyata dalam dhamir (hati).

Penekanan Islam terhadap Akhirat kerana:

Ia adalah hakikat satu kebenaran yang telah diterangkan oleh Allah s.w.t

Keyakinan kepada akhirat adalah penting demi untuk kesempurnaan kemanusiaan manusia itu sendiri, baik di dalam tasawwur, ‘iqtiqad, akhlak, suluk, syariat dan nizam.

Dari tasawwur Islam yang luas ini jugalah yang telah melahirkan jiwa yang lapang, tinggi perasaan dan berhati-hati bertindak terhadap sesuatu.  Dari ‘iqtiqad yang penuh terhadap keadilan dan besarnya ganjaran di akhirat kelak menyebabkan jiwa bersedia untuk berkorban pada jalan Allah s.w.t.  Bilamana wujud keyakinan terhadap akhirat, maka baiklah akhlak dan luruslah perjalan hidup, tidak berlaku sebarang penyelewengan terhadap Deen Allah s.w.t, baik di dalam tasawwur, ‘iqtiqad, suluk, syariat dan peraturan hidup.  Juga tidak wujud sifat berdiam diri melihat kerosakan, kerana ini bukan sahaja menyebabkan kehilangan kebaikan di dunia, tetapi juga kehilangan ganjaran yang besar di akhirat kelak.

Dunia, dalam tasawwur Islam adalah ladang akhirat. Oleh itu berjihad untuk memperbaiki kehidupan ini adalah menurut syarak, berusaha menentang kejahatan dan kezaliman, mengembalikan penentangan-penentangan kepada kekuasan Allah s.w.t, mencegah pelampau, menegakkan dan menjalankan keadilan dan kebaikan untuk semua mausia  sehingga gugur syahid, semua ini adalah bekalan untuk ke akhirat, yang mana denganya nanti akan terbukalah pintu-pintu syurga bagi para mujahid dan diberi gentian terhadap apa yang telah hilang dan segala penderitaan yang ditempuhi ketika menentang kebatilan ketika di dunia dahulu.

Nilai kehidupan dunia berbanding dengan kehidupan akhirat jelas dalam firman Allah s.w.t :

Bermaksud:

“  Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?

(Surah al  An’am: 32)

 

Sungguhpun begitu tasawwur Islam terhadap dunia ini namn tidak terdapat sifat negative terhadapnya, bersifat cuai dan menyisihkan diri darinya kerana tiada jalan untuk ke akhirat nanti tanpa melalui kehidupan di dunia ini.  Walaupun ianya sempit dan terbatas, tetapi ia juga adalah nekmat Allah s.w.t yang mana dari dunia inilah akan memperolehi kebahagiaan dan kenikmatan Allah s.w.t  yang besar di akhirat kelak.  Contoh yang jelas dalam hal ini ialah generasi sahabat yang telah berjaya mengecapi kehidupan dunia ini mengikut neraca Allah s.w.t yang mana itu jugalah amalan untuk akhirat mereka.  Mereka menjadi khalifah Allah s.w.t menjalankan perintah Nya, memakmur dan mengindahkan bumi ini untuk mendaulatkan bumi Allah s.w.t, mencara keredhaanNya dan mengharapkan kebahagiaan di akhirat.  Kerana itulah mereka telah mendahului ahli dunia di dunia ini, demikian juga seterusnya mereka mendahului di akhirat kelak.

Islam amat memberi penekanan terhadap akhirat supaya alam akhirat ini bersemadi dan terus segar di dalam hati, lebih dari dunia ini.  Dengan itu hati menjadi damai, kehidupan pula menjadi tenteram.  Apakah yang boleh menghindarkan manusia dari bersifat tamak dan haloba, terpengaruh pada hawa nafsu.  Apakah yang boleh memenangkan pertarungan yang tidak berkesudahan walaupun dengan kehilangan hidup di dunia ini.  Apakah yang boleh menguatkan seseorang itu dalam ma’rakah antara hak dan batil, antara kejahatan dan kebaikan, tiada lain kecuali keyakinan terhadap akhirat yang merupakan satu kebaikan bagi orang yang bertaqwa.

Umat yang mempunyai keyakinan inilah sebenarnya yang benar-benar layak memimpin manusia sebagaimana kepimpinan agung yang pernah berlaku dalam sejarah hidup manusia.

Rujukan: Silibus Tarbiah KTD, Buku 1

Last Updated ( Thursday, 27 May 2010 17:35 )  

kunjungi download corner!

kunjungi MEDIAtarbawi!

Banner
Banner

Hebahkan!


Get codes:

 

Bagaimana Rasulullah SAW Mentarbiyah Remaja?

Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW (di atas binatang tunggangannya) , lalu sabda baginda : ' Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan.

 

Misi Menerobos Tembok Kematian

Sudah sampai saatnya bagi umat Islam untuk menghentikan sekatan jahat dan keji yang dilakukan oleh Yahudi Israel terdapap umat Islam di Palestin. Kita harus berdiri dengan sikap tegas tanpa melupakan matlamat asasi kita dalam memperoleh redha Allah swt.

 

Mujahadah Jalan Membentuk Peribadi Bertaqwa (2)

Di   dalam   hal   bermujahadah  ini   Ustadz   Said   Hawwa menjelaskan, “Kita  mestilah bermula daripada noktah  iman  kepada Allah SWT dan bermula dengan noktah mentauhidkan/mengEsakan Allah SWT ". Mujahadah yang betul itu mestilah bermula  dengan  beriman  kepada  Allah  dan beriman kepada prinsip-prinsip  keimanan  yang lain serta bermula dengan mentauhidkan dan mengEsakan Allah  SWT.

 

Pembinaan Semula Kaabah Dan Permasalahan Al-Tahkim

Dalam usia Baginda tiga puluh lima tahun (35) Quraisy telah bertindak mendirikan semula Kaabah, kerana berlaku keruntuhan pada strukturnya, Kaabah ini sebenarnya satu bangunan tinggi sembilan hasta, sejak zaman Ismail (a.s) tidak berbumbung, pencuri-pencuri telah melarikan harta khazanah di dalamnya.

 

Apa Erti Menjadi Isteri Solehah

Apa erti menjadi isteri solehah. Pelbagai pandangan dan jawapan mampu kita tafsirkan, samada melalui pembacaan, perbincangan dan perkongsian pengalaman. Kita menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya.  Pada  waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah  bertemu  bapa  mertuanya, Nabi  Ibrahim.

Iklaneka

Banner
Banner
Banner