HALUANtarbawi.com

Monday
Sep 06th
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Tarbiyah Rasulullah S.A.W. Ciri-Ciri Dan ‘Amali.

E-mail Print PDF

Muqaddimah.

Segala pujian bagi Allah S.W.T.. Salawat serta salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya, para sahabatnya dan mereka yang menghayati sunnahnya terus menerus sampai Hari Qiamah.

Marilah kita sama-sama kita meneliti suatu perkara penting dalam kehidupan Islam iaitu persoalan Tarbiyah atau Didikan Rasulullah S.A.W., ciri-ciri dan praktiknya.

Kita amat yakin bahawa tiada Tarbiyah yang lebih baik daripada Tarbiyah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. kerana baginda adalah rasul (pesuruh atau utusan) Allah S.W.T. dan didikan dibawah bimbingan Allah S.W.T. adalah bersumberkan wahyau Allah S.W.T.. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

“(Allah S.W.T.) yang mendidik aku beradab dengan sebaik-baik didikan.”

Oleh itu sewwjarnya kita mengambil Tarbiyah yang paling baik sebagai Qudwah dan Uswah Hasanah dalam usaha membina Ummah Islamiyyah.

universiti tarbiyah

Mengenali Rasulullah S.A.W. Secara Ringkas.

Dalam konteks ini kita tidak menceritakan riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W. secara terperinci, cuma dibentangkan secara umum dan ringkas sahaja bagi mengenali kedudukan dan status baginda Rasulullah S.A.W..

Nabi Muhammad S.A.W. adalah semulia-mulia makhluk dan merupakan Nabi dan Rasul yang terakhir sekali diutuskan oleh Allah S.W.T.. Malahan baginda adalah Nabi dan Rasul yang paling tinggi martabatnya seperti mana al-Quran al-Karim itu semulia-mulia kitab dan terakhir sekali diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.[1]. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Muhammad itu bukan bapa seorang lelaki di kalangan kamu, tetapi ia adalah pesuruh Allah dan penamat segal nabi. Allah mengetahui segala sesuatu.”

-Surah al-Ahzab: ayat 40.

 

Rasulullah S.A.W. diutuskan oleh Allah S.W.T. dengan peranan-peranan yang besar. Antaranya, baginda disifatkan sebagai mahaguru dan murabbi (pendidik) yang ulung dan unggul. Sehubungan ini Allah S.W.T. menegaskan peranan asasinya dalam al-Quran al-Karim seperti Firman-Nya yang bermaksud:

 

“Dialah (Allah) yang mengutuskan kepada kaum yang buta huruf, seorang rasul di kalangan mereka, ia membacakan ayat-ayat Allah kepada mereka, mensucikan mereka serta mengajar mereka akan kitab dan hikamah, sedang mereka sebelumnya berada dalam kesesatan yang nyata.”

-Surah al-Jumu’ah: ayat 2.

 

Dalam ayat tersebut ternyata bahawa Allah S.W.T. telah menentukan bahawa peranan Rasulullah S.A.W. itu adalah ta’lim dan Tarbiyah dan boleh dikatakan bahawa peranan tersebut memenuhi ruang hidup Rasulullah S.A.W..[2]

 

Sejak pengutusannya, Rasulullah S.A.W. berada di Makkah selama tiga belas tahun mengajak dan menyeru kepada Din Allah S.W.T. serta mendidik orang-orang yang beriman. Baginda telah berjaya dengan izin Allah S.W.T.membentuk kumpulan sahabat menjadi usbah Muslimin (kumpulan Muslimin) yang berbeza dari masyarakat jahiliyyah dari segi ‘aqidah, syaksiyyah (keperibadian dan matlamat hidup), mereka itu adalah keluaran dari Madrasah Rasulullah S.A.W..[3] Tarbiyah itu sebenarnya berasaskan wahyu Allah S.W.T., al-Quran al-karim. Rasulullah S.A.W. merupakan muballigh, Qudwah Hasanah, pelaksana manhaj al-Quran, penda’wah yang benar-benar memahami da’wahnya dan pendidik (murabbi) yang memiliki segala sifat Tarbiyah.[4]

 

Ciri-Ciri Tarbiyah Rasulullah S.A.W..

Ciri-ciri dan sifat-sifat Tarbiyah Rasulullah S.A.W. adalah ciri-ciri Islam itu sendiri kerana baginda membawa Deen Allah S.W.T. serta mengajak masyarakat manusia kepada Deen itu (Islam). Antaranya:

 

a.   Rabbaniyyah.

Rabbaniyyah dari segi manhaj dan masdar (sumber) disebut sebagai Manhaj Rabbani kerana sumbernya adalah wahyu Allah S.W.T. kepada Rasulullah S.A.W.. Ianya didatangkan oleh Allah S.W.T. semata-mata Iradah (Kehendak)-Nya bukan atas desakan atau kehendak mana-mana pihak samada individu, keluarga, kelompok masyarakat, parti atau bangsa.[5] Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

 

“Inilah kitab yang Kami (Allah) turunkan kepadamu (Muhammad) agar kamu mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya dengan izin Allah; kepada jalan Allah lagi Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.”

-Surah Ibrahim: ayat 1.

 

Juga Rabbaniyyah dari segi haluan dan matlamat; di mana matlamat utama pendidikan Islam ialah membentuk insan mu’min yang soleh (bukan semata-mata good citizen).[6]

Allah S.W.T. mendidik Rasul-Nya melalui wahyu-Nya dan Rasulullah S.A.W. mendidik para sahabat baginda berdiri di atas asas-asas berikut, iaitu; ‘Aqidah Tauhid kepada Allah S.W.T., Ta’abbud  (pengabdian) kepada Allah S.W.T. dan syariat Allah S.W.T. yang bersifat kamil dan syamil.[7]

Allah S.W.T. tidak membiarkan manusia membiarkan manusia tertanya-tanya tentang kehidupannya, kematiannya dan hubungannya dengan alam dan manusia bahkan Allah S.W.T. mengutuskan Rasul-Nya membawa petunjuk Allah S.W.T. wahyunya dan syariatnya kepada mereka.[8]

 

b.   Penekanan Dasar (‘Aqidah Tauhid).

Dalam usaha Rasulullah S.A.W. membina dan mendidik ummah setelah menerima perintah Allah S.W.T., baginda memberi penekanan dasar kepada ‘aqidah tauhid. Inilah sebenarnya titik tolak Tarbiyah Islamiyyah iaitu Iman dan hal ini berlaku dalam generasi sahabat sehingga pernah diriwayatkan kata-kata sahabat yang bermaksud:[9]

“Kami telah didatangkan Iman sebelum al-Quran.”

 

Jika dilihat ayat-ayat al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T. di tahap Makkah adalah menyentuh dan merawat persoalan (qhadiyah) yang pertama, yang besar dan asasi bagi Deen Islam ini iaitu persoalan (qadhiyyah) ‘aqidah.[10] Hal ini berjalan dengan hikmah dan kehendak Allah S.W.T. sejak hari pertama kerasulan baginda memulakan langkah-langkah da’wahnya dengan mengajak manusia mengakui (Lailaha Illallah) dan memperkenalkan kepada mereka siapa Allah S.W.T. serta memperhambakan mereka hanya kepada Allah S.W.T. , tidak kepada yang lain.[11] Rasulullah S.A.W. tidak bermula dengan lain-lain langkah melainkan menurut apa yang telah dikehendaki oleh Allah S.W.T. melalui wahyunya. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

 

“Rasulullah S.A.W. tidak berucap mengikut kemahuan hawa nafsunya, ucapan itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya yang diajar kepadanya oleh Yang Maha Kuat (Perkasa).”

-Surah an-Najm: ayat 3-5.

 

Rasulullah S.A.W. tidak boleh menukar gantinya atau merubahnya.[12]

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

 

“Katakanlah tidak wajar bagiku mengganti menurut kemahuan diriku. Aku tidak mengikut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut azab di hari agung sekiranya aku menderhakai Tuhanku (Allah S.W.T.).”

-Surah Yunus: ayat 15.

 

Dari keterangan tersebut dapat difahami bahawa penekanan dasar pada pengukuhan ‘Aqidah Tauhid dalam proses Tarbiyah yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. itu adalah satu ketentuan Allah S.W.T. bukan ciptaan dan rekaan Nabi Muhammad S.A.W. sendiri.

Bersambung....

Kupasan dari Kuliah Yang Disampaikan Oleh Ustaz Omar Haji Salleh, murabbi dari Maahad Tarbiyah Islamiyah Tunjung Beseri Perlis.

Last Updated ( Monday, 21 June 2010 12:52 )  

kunjungi download corner!

kunjungi MEDIAtarbawi!

Banner
Banner

Hebahkan!


Get codes:

 

Bagaimana Rasulullah SAW Mentarbiyah Remaja?

Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW (di atas binatang tunggangannya) , lalu sabda baginda : ' Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan.

 

Misi Menerobos Tembok Kematian

Sudah sampai saatnya bagi umat Islam untuk menghentikan sekatan jahat dan keji yang dilakukan oleh Yahudi Israel terdapap umat Islam di Palestin. Kita harus berdiri dengan sikap tegas tanpa melupakan matlamat asasi kita dalam memperoleh redha Allah swt.

 

Mujahadah Jalan Membentuk Peribadi Bertaqwa (2)

Di   dalam   hal   bermujahadah  ini   Ustadz   Said   Hawwa menjelaskan, “Kita  mestilah bermula daripada noktah  iman  kepada Allah SWT dan bermula dengan noktah mentauhidkan/mengEsakan Allah SWT ". Mujahadah yang betul itu mestilah bermula  dengan  beriman  kepada  Allah  dan beriman kepada prinsip-prinsip  keimanan  yang lain serta bermula dengan mentauhidkan dan mengEsakan Allah  SWT.

 

Pembinaan Semula Kaabah Dan Permasalahan Al-Tahkim

Dalam usia Baginda tiga puluh lima tahun (35) Quraisy telah bertindak mendirikan semula Kaabah, kerana berlaku keruntuhan pada strukturnya, Kaabah ini sebenarnya satu bangunan tinggi sembilan hasta, sejak zaman Ismail (a.s) tidak berbumbung, pencuri-pencuri telah melarikan harta khazanah di dalamnya.

 

Apa Erti Menjadi Isteri Solehah

Apa erti menjadi isteri solehah. Pelbagai pandangan dan jawapan mampu kita tafsirkan, samada melalui pembacaan, perbincangan dan perkongsian pengalaman. Kita menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya.  Pada  waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah  bertemu  bapa  mertuanya, Nabi  Ibrahim.

Iklaneka

Banner
Banner
Banner